ArtMuslim Studio & ArtMuslim Media

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perbincangan, Usrah & Lain-lain


    RAM Komputer: DDR2 vs DDR3

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 4
    Join date : 04/04/2012

    RAM Komputer: DDR2 vs DDR3 Empty RAM Komputer: DDR2 vs DDR3

    Post  Admin Thu Apr 05, 2012 4:40 am

    RAM (SDRAM) merupakan singkatan daripada perkataan synchronous dynamic random access memory. Biasanya, jika laptop pengguna menjadi perlahan, ramai yang akan berfikir untuk menambah kapasiti saiz RAM mereka.

    Tahukah anda bahawa RAM komputer anda mempunyai jenis-jenisnya sendiri? Perkara yang paling penting di sini, tahukah anda bahawa jenis RAM yang baru telah keluar di pasaran?

    RAM generasi baru iaitu DDR3 SDRAM dilancarkan pada tahun 2007 dan mula berada dalam laptop-laptop di pasaran pada akhir tahun 2009. Justeru, sesiapa yang membeli laptop pada tahun 2008, 2007 dan ke atas, mereka menggunakan RAM generasi ke dua iaitu DDR2 SDRAM. (termasuk laptop saya leerrr�)

    Anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap perkara ini agar tidak keliru semasa membeli RAM di kedai-kedai pada masa akan datang. Perkara ini bagi mengelakkan anda daripada membeli jenis RAM yang salah untuk dipasang pada laptop anda.

    Saya akan menyenaraikan perbezaan antara RAM generasi ke dua iaitu DDR2 SDRAM dan RAM generasi ke tiga DDR3 SDRAM.

    Bandwidth
    - Bandwidth merupakan proses penghantaran data/frekuensi dalam komputer itu sendiri. Bandwidth yang semakin tinggi mampu membuatkan penghantaran data yang lebih bagus.

    DDR2 - pengeluaran RAM ini dimulai dengan 400mhz, 667mhz, 800mhz dan sebagainya
    DDR3 - RAM ni pula keluar dengan 1033mhz, 1333mhz, 1600mhz dan sebagainya

    *Jadi di sini, DDR3 adalah lagi bagus Bandwidthnya. Justeru, penghantaran data adalah lebih bagus.


    Latency
    - Ia bermaksud tempoh sampai data hingga ke penghantaran data supaya dapat dicapai dalam tempoh yang cepat.

    DDR2: DDR2-1111 4-4-4-12, DDR2-1250 5-5-5-15.
    DDR3: DDR3-1333 9-9-9-24

    *Pencapaian data cepat adalah DDR3 kerana latencynya lebih tinggi dari DDR2.


    Penyimpanan data sementara (Internal Banks)
    - Ia adalah penyimpanan data dalam RAM untuk sementara waktu sebelum di akses untuk dihantar ke komputer.

    DDR2 : 4 internal banks
    DDR3 : 8 internal banks

    *DDR3 lagi bagus internalnya, kerana internal banks yang besar, jadi dapat lagi mengurangkan latency yang ada.


    Memori Voltage
    DDR2 : 1.8V +/- 0.1 V.
    DDR3 : 1.5V +/- 0.075V.

    *DDR3 lebih menjimatkan penggunaan elektrik


    Penggunaan Kuasa/Power Consumption
    DDR2: RAM ini memang banyak menggunakan elektrik.
    DDR3: RAM ini dicipta tidak akan menggunakan power banyak apabila idle atau membuat sesuatu yang biasa2 sahaja. Justeru, penggunaan power yang banyak hanya akan berlaku apabila membuat sesuatu yang berat seperti bermain game atau membuat animasi komputer.

    *DDR3 lagi menjimatkan elektrik..


    Perkara paling penting..!!!
    Apabila melihat pada kaki RAM DDR2 dan DDR3 adalah berbeza. Justeru, jika ada persoalan bolehkah saya menggunakan DDR3 SDRAM pada motherboard yang support untuk DDR2 SDRAM?





    [img]RAM Komputer: DDR2 vs DDR3 Ddr3vs12[/img]




    Jawapannya adalah TIDAK BOLEH..!!



    Kesimpulanya, DDR3 adalah lebih menjimatkan elektrik, lebih laju/cepat untuk pemprosesan/penghantaran data. Anda mahu guna DDR3? Anda perlu pastikan motherboard anda support untuk DDR3.

    Harga DDR3 SDRAM sekarang ni tidak mahal seperti dulu, cuma motherboard yang support DDR3 agak mahal dari motherboard yang support DDR2 SDRAM.

      Current date/time is Thu May 09, 2024 2:45 pm